Ads 468x60px

Wednesday, 7 September 2011

Perjuangan Kita,.

sahabaat dan sahabiyah Qurra`3

BismillahhiRahmanirRahim.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T, segugus selawat rindu serta cinta buat Rasulullah S.A.W, para sahabat baginda, ahlul bait baginda, ikhwan dan akhawat pejuang ISLAM, serta sahabat dan sahabiah Qurra`3 yang disayangi dan dirindui. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua warga Qurra`3 khususnya serta semua pembaca

Kini setelah hampir 2 minggu ana bercuti, barulah sempat untuk ana menitipkan sedikit ucapan serta nasihat buat diri ana dan sahabat Q3. Kini tibalah pula giliran sahabat serta sahabiah kita Ust Wan Hakim, Ust Fauzan, Ust Taqi, Ust Abd Qawiy, Ustzh Nor Athiyah, Ustzh Farhan serta ust dan ustzh lain yang akan melanjutkan kembara ilmu mereka ke luar negara berangkat ke destinasi masing-masing. Tidak dilupakan buat Ustzh Nur Nafilah binti Nazri, Timb Ketua Lajnah Perhubungan Qurra`3 yang akan melanjutkan pelajaran ke bumi Mesir. Semoga diri kalian terus istiqamah dan thabat diatas jalan perjuangan kita. Mungkin kita memilih laluan berbeza namun jalan kita serta destinasi kita tetap sama iaitu menuju Redha Allah serta melihat ISLAM itu bangkit.

Sahabat serta sahabiah Q3,
Kini kita semua bergelar mahasiswa dan mahasiswi di universiti masing-masing. Namun perlu diingat kita ada tittle ISLAM di belakang mahasiswa/wi kita. Kita mahasiwa/wi yang akan membawa nama serta imej ISLAM di tempat kita belajar selaras dengan tittle seorang hamalatul quran. Kitalah yang akan mencorakkan ISLAM didalam diri sahabat serta sahabiah kita di universiti. Jika sebelum ini ada sahabiah Q3 kita yang mampu menimbulkan rasa ingin bertudung didalam diri sahabatnya serta ingin mengikuti cara hidup sahabiah kita. Inilah satu contoh yang perlu dicontohi. Ingatlah kita seorang Remaja ISLAM.

Setiap remaja Islam mempunyai tanggungjawab terhadap agama Islam, yang mesti ditunaikan di dalam dunia ini. Setiap remaja Islam perlu berusaha untuk menjadi Remaja Haraki agar tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tidak ada seorang pun yang dapat melepaskan dirinya daripada melaksanakan tanggungjawab ini. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
bakal pemimpin ISLAM dan masyarakat

"Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya". (Hadith riwayat al-Bukhari)

Sahabat sahabiah sekalian,
Kita bukannya ingin menjadi remaja yang biasa-biasa, tetapi kita perlulah menjadi remaja yang kelihatan biasa tetapi luar biasa. Kita bukanlah tidak ingin melihat ISLAM itu bangkit. Ana masih ingat ketika kita di MTS dahulu, setiap malam sebelum pilihanraya kita semua akan menunaikan solat hajat berdoa agar ISLAM diberi kemenangan. Kita akan berkumpul di kerusi batu dihadapan kelas untuk membicarakan tentang ISLAM. Kita semua pasti berangan-angan untuk memperjuangkan ISLAM. Namun itu ketika di alam fantasi.

bakal srikandi2 ISLAM,.yg mnjdi tulang belakang
rijal-rijal ISLAM

Sekarang tibalah masanya sahabat sahabiah,
Sekarang masanya untuk kita cuba menjadikan angan-angan serta fantasi kita itu menjadi realiti. Ayuh sahabat sama-sama kita menjadi Remaja Haraki. Remaja Haraki disini bermaksud seorang remaja yang menggerakkan ISLAM demi melihat kebangkitan ISLAM itu kembali didalam setiap sudut. Jika kita hebat didalam berorganisasi maka berpersatuan, bina potensi diri dan persatuan agar persatuan bergerak selaras dengan ISLAM. Jika hebat menulis, menulis di setiap medium, di fb, blog, mahupun makalah serta risalah. Jika kita hebat menyanyi, gunalah suara kita untuk menarik orang mendekati ALLAH.

Sahabat sahabiah,
Kenalilah diri kalian, potensi kalian. Maka beradalah di posisi yang betul untuk membangunkan ISLAM. Moga kita sama-sama menjadi pendayung didalam sampan perjuangan kita. Anekdot dari Ust Azman Husin, mantan Guru BAK serta PSI kita di MTS.
Selamat Berjuang Sahabat Sahabiyah Tercinta.
Segalanya Kita Bersama.

Akh Muhammad Marwan Fathy bin Mohd Ariff
Pengerusi Qurra`3,
Intellectual Quranic Generation (ITQAN)
Maahad Tahfiz Sains
(sekarang Alhamdulillah menuntut di Kolej Universiti Darul Quran JAKIM)

Tuesday, 30 August 2011

Mampukah ku temui Ramadhan akan datang?


Ramadhan Kareem dah pun berakhir..
Syawal pula yg menjenguk kita semua..
slalunya..semua dari kita akan berkata,,
"Masih adakah Ramadhan untuk aku selepas ini.??"
Itu hanya Allah yg tahu..
Sayu rasanya untuk merelakan pemergian Ramadhan kali ini..terasa bulan bonus yang Allah hadiahkan..disia2 kan begitu sahaja..

.....................................................................................................................................................

Sewaktu mencari2 isian nurani..ana terjumpa satu kenyataan..
mungkin semua dah sedia maklum..
namun..sebagai peringatan dan semoga ia dapat memberi kesedaran kepada kita semua..yang masih lagi leka dan alpa..

1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari JUMAAT, jadi 3 August 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari JUMAAT. Sama dengan hadis nabi tentang huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadhan di bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, dan tentang satu suara yang amat dahsyat yang akan kita dengar di langit, bukan kiamat tapi satu huru-hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika maklumkan pada 21-12-2012 planet X akan lintas di permukaan bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu… 
ALLAH sahaja maha mengetahui… Cuba kita lihat hadis nabi di bawah ini dan kenyataan pasal kalender islam 2012…

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.
UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES


2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 – September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 – November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010
2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 – August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 – November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011
2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 – August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 – October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012


Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Itulah hari yang teragung di sisi Allah Taala, dan ia adalah lebih besar daripada hari raya fitrah dan korban. Pada hari itu terjadi lima peristiwa: Allah ciptakan Adam a.s. Allah turunkan Nabi Adam a.s. ke bumi. Pada hari tesebut Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hambapun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
Semoga mesej yang disampaikan mampu memberi keinsafan dan kesedaran kepada kita semua..

Dimanakh kita..??
Layak kah kita untuk mendapat semua yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba Nya yang benar2 beriman kepadaNya..??
Fikir2 kan lah.. 


Buat sahabat semua..semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya..
InsyaAllah..

Saturday, 13 August 2011

AL-QURAN ITU TEMANKU,HATIKU;

al-quran itu ingat kepada yang mengingatinya
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "puasa dan Al-Quran akan m'beri syafaat kepada hamba pada hari  kiamat kelak.Puasa akan berkata'wahai rab,aku telah menahannya daripada makan dan syahwat,maka perkenankanlah aku untuk member syafaat kepadanya.Al-Quran pula berkata'aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari,maka perkenankanlah aku member syafaat kepadanya."kemudian baginda bersabda lagi"maka kedua-duanya diperkenankan"(diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)

Berdasarkan hadis diatas dapat dirungkaikan bahawa bertapa besarnya kelebihan puasa dan Quran pada bulan puasa ini.Seharusnya kita semua menggunakan peluang ramadhan yang bertandang hanya setahun sekali ini dengan sebaiknya.Lebih-lebih lagi hamlatul Quran seperti kita yang membawa amanah yang berat untuk menjaga dan menyebarkan risalah ini ke seluruh alam.Disinilah peluang kita semua untuk memantapkan lagi hafazan disamping merebut peluang ramadah yang mungkin juga menjadi ramadhan terakhir untuk kita.

moga kita menjadi ahlinya
Marilah kita sama-sama menjadikan al-quran ini sahabat karib kita,kerana Al-Quran itu kenal kepada orang yang mencintainya dan menjaganya.Jangan jadikan ini sebagai beban tetapi jadikanlah ia sebagai anugerah yang allah berikan kepada kita,tanda cintanya allah kepada hambanya.Rebutlah peluang ini untuk mendekatkan diri kepada allah dan memohon keampunan dan meraih takwa yang ditawarkan di dalam pakej perjalan ramadhan ini.BERSAMA KITA IMARAHKAN RAMADHAN INI DENGAN ALUNAN AL-QURAN.

"Ya allah,hiasikanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran,muliakanlah kami dengan kemulian Al-Quran,serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al-Quran,dan pakaikanlah kami dengan pakain permata Al-Quran.Masukkanlah kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran.Selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran."


Buat sahabat semua bimbinglah diri ini menuju jalannya,kerana diri ini insan yang lemah.

Ukht Khadijah binti Hamzah
Timbalan Pengerusi Qurra`3, 
Intellectual Quranic Alumni Generation,
Maahad Tahfiz Sains.
(sekarang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai)                                                                                                                

Friday, 12 August 2011

Ifthor Qurra`3 DQ-UIA-IB,.

Tanggal 12 Ramadhan 1432 bersamaan 12 Ogos 2011, satu majlis ifthor telah diadakan antara warga qurra`3 yang belajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru dan International Baccalaureate, Banting. Majlis Ifthor ini adalah salah satu wasilah untuk mengeratkan ukhuwwah antara warga Qurra`3, disamping mengembalikan nostalgia ber‘ifthor’ di bumi MTS. Majlis ini telah diadakan di Masjid India, Kuala Lumpur.

Majlis yang sepatutnya bermula tepat 5.15 minit petang terpaksa dilewatkan akibat kegagalan kehadiran dari mereka yang sepatutnya hadir. Majlis diteruskan dengan mencari gerai untuk mengalas perut pada waktu berbuka. Tepat jam 6.00 petang semua student DQ sampai ke tempat yang dijanjikan. Namun suasana agak kebosanan akibat student dari UIA dan 2 orang student IB belum tiba. Setelah hampir 45 minit menunggu, 2 orang pelajar IB akhirnya tiba dengan muka yang selamber. Para peserta ifthor kemudian mengambil juadah untuk disantap pada waktu berbuka. Setelah 10 minit selepas berbuka, akhirnya pelajar asasi UIA PJ tiba setelah berhempas pulas dalam kesesakan lalu lintas.


ketika ifthor
Kemudian para peserta bersama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Setelah selesai solat jemaah Maghrib, kami para peserta bersama-sama meneruskan kembara kami ke rumah Akh Farahi Arif, mantan TKU MTS 2010 di Bangi untuk menginap pada malam itu. Kami seramai 18 orang terus melangkah kaki ke Stesen KTM Bank Negara untuk mengambil tren ke destinasi. Akhirnya tepat jam 9.20 malam kami dengan selamat meneruskan kembara kami.



Diskusi selepas solat Maghrib
Setelah berpanas(tren full dengan manusia macam sardin dalam tin) didalam tren hampir sejam, akhirnya kami dimaklumkan bahawa tren kami hanya dapat meneruskan perjalanan ke Salak Selatan sahaja kerana tren kami mengalami kerosakan. Dengan perasaan marah dan gembira(kerana dapat keluar dari tin sardin) kami keluar dari tren. Kami menyangka tren seterusnya akan tiba secepat mungkin namun kami terpaksa merempat di Salak Selatan hampir satu jam setengah. Berbagai aktiviti kami cuba lakukan bagi menghilangkan kebosanan seperti berdiskusi, bertukar-tukar pengalaman dan perbincangan sesama kami. Kami juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar-gambar kenangan untuk diabadikan. Akhinya tepat 11.45 malam kami dapat menaiki tren untuk ke rumah Akh Farahi.

ketika terkandas di Salak Selatan
Tepat jam 12.15 minit pagi (13 Ogos 2011) kami tiba di stesen UKM, Bangi. Kami dengan terkejut dan taajub melihat tiada sebuah teksi yang ada untuk kami naiki ke rumah Akh Farahi. Akhirnya, setelah bermusyawwarah dengan syura, kami mengambil keputusan untuk walking at night ke rumah Akh Farahi. Disepanjang kembara kami, berbagai aktiviti yang kami lakukan dan sebanyak mungkin ibrah kami capai sepanjang kembara kami.

kembara ke rumah Akh Farahi


berehat setelah letih berjalan
Antara ibrah yang dapat kami simpulkan ialah kesatuan dalam perjuangan. Kami juga dapat merasai bagaimana susah serta sukar dalam menggerakkan perjuangan Islam. Kami juga dapat mengaplikasi tingkatan usrah bermula dari berlapang dada (solamatul sodri), sama taraf (wusto) dan melebihkan sahabat kami(ithar). Kami juga dapat ibrah terbesar yang amat-amat berguna iaitu setiap perjuangan memerlukan mereka yang betul-betul gigih serta istiqamah dalam memastikan kelangsungan perjuangan. Ini jika kami lemah semangat or berputus asa mungkin kami akan tidur di bus stop berdekatan UKM. Selain itu, kami juga dapat ibrah yang penting iaitu UKHUWWAH is directly proportional to SUCCESS. Itulah equation yang cukup penting serta kejayaan umat ISLAM.

berhenti membasahkan tekak


kami wira jalanan
Akhirnya tepat pukul 2.00 pagi kami semua tiba di rumah Akh Farahi. Semoga perjalanan serta kembara kami dapat rahmat serta mendekatkan kami dengan tali ALLAH. Apa yang dapat disimpulkan ialah UKHUWWAH is directly proportional to IMAN. UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA...

Tuesday, 9 August 2011

Anekdot Sang Pengembara (Sila Baca Menggunakan Mata Hati Anda)

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada cerita yang ingin kukisahkan. Sang pengembara. Tentang sang pengembara.

Bersama sahabatnya.

Jauh mereka kembara. Ada berbatu-batu jauhnya. Ada bertahun-tahun lamanya. Safar mereka tak henti hingga tiba di destinasi. Selagi menapak selagi menuju. Destinasinya hanya satu; untuk kembali ke desa halaman yang dirindui. Adakah tiba atau tersasar?

Terik terasa memencar. Bahang terasa mewalahkan. Rambut kian kusut. Hati tambah serabut. Bukan sepanjang masa badai gurun lalai beristirehat. Sesekali menggalak, habis tergerutu. Sesekali mengamuk, lintang pukang kaki berkematu. Iklim gurun terasa mencabar. Penat, lesu dan letih. Inikah cabaran? Ataukah bala yang memakan?

Akasnya, si sahabat tertawa. Tercuit. Si sahabat menepuk bahu. Merangkul erat. Ujarnya, udara gurun bukanlah yang ternikmat. Ada lagi yang lebih menyamankan, iaitu di desa. Destinasi bersama. Tempat kepulangan. Lamanya mereka kembara, sehingga lupa akan kondisi desa. Si sahabat setia meneguhkan. Sedangkan untuk pandangan tiba ke hujung sana, kita harus menggunakan mata - melihat - apatah lagi untuk tiba, kita harus mengerah segenap kudrat. Berkorban itu adat gurun, kerana panasnya menguji. Sukarnya menduga. Si sahabat membuka peta perjalanan. Ada titipan ikhlas dari sang empunya peta, berpesan agar tetap cekal dan tabah. Sang pengembara jadi kuat.

Ramai pengembara sangsi, lantas memakan diri.

Gurun itu dua wajah, bergantung kepada sepet mata pengembara yang menatap. Waima jalan menuju desa, atau di situlah desanya. Sang pengembara tertanya-tanya; aku orang desa atau orang gurun? Desa itu khabarnya mendamaikan, namun tak kurang juga gurun ini (dek terbiasa). Jalannya mula perlahan, ralit dan asyikkan pesona gurun. Bukit pasir sejauh mata memandang. Ada dada langit yang kosong. Warna jingga muda yang menenangkan. (Semuanya dek terbiasa). 

Akasnya, si sahabat tertawa. Tercuit. Si sahabat membuka peta perjalanan. Ada lorong dan denai menuju destinasi. Sang pengembara seakan asing akan peta. Akan desa jua. Hanya pernah didengari akan desa itu oleh sang pengembara, namun buta akan kondisinya. Si sahabat setia menceritakan. Bukitnya, langitnya dan warnanya jauh lebih indah. Ada hijau yang menyamankan. Sungai yang mengalir gemalai. Bayu berpuput bernyanyi melambai. Sang pengembara terpesona. Katanya, bimbinglah aku ke sana! Si sahabat senyum kalbunya; mengapa tidak? Kerana peta inilah yang sepatutnya kita jadikan panduan, bukanlah berlegar di gurun gersang. Sang pengembara terharu.

Ramai pengembara sepi, lantas terpencil diri.

Sambungan anekdot di 
http://alpha-care.blogspot.com/2011/07/anekdot-sang-pengembara-sila-baca.html

Akh Syuaib bin Supani
Timbalan Pengerusi Qurra`3,
Intellectual Quranic Alumni Generation,
Maahad Tahfiz Sains.
(Sekarang Alhamdulillah menuntut di Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan) 

Friday, 29 July 2011

Salam Ramadhan,.

Bismillahhirrahmanirrahim,.

ramadhan bagaikan persinggahan untuk kita mengisi keimanan kita dalam kembara menuju kerdhaanNya.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,.rabbul alamin,.Raja sekalian alam,.
Selawa dan salam rindu buat kekasih agung, Muhammad Rasulullah S.A.W,.berkat perjuangan baginda kita sama-sama dapat menghirup nikmat ISLAM dan IMAN,.


Hanya tinggal beberapa ketika sahaja lagi SYA`ABAN bakal meninggalkan kita semua,.RAMADHAN bakal mendatang dengan penuh keberkatan dan nikmatnya bagi orang yang mensyukuri. Mungki ada dikalangan kita tertunggu-tunggu kedatangan Ramadhan dan ada yang rasa bosan dengan kedatangannya. Moga-moga kita semua para huffaz tergolong dalam kalangan yang tertunggu-tunggu akan Ramadhan dan mensyukuri kedatanganya.

Sahabat serta sahabiyah yang dicintai kerana Allah,.


Kedatangan bulan Ramadhan sebenarnya amat ditunggu oleh para sahabat serta golongan salafus soleh. Mengapa bulan ini sangat-sangat ditunggu oleh mereka. Ini kerana Ramadan al-Mubarak merupakan bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat diri kita agar kita dapat membersihkan semua diri kita dari belenggu dosa.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya. Mungkin sebelum ini kita terleka dari menjaga amanah kita iaitu Al-Quran mungkin inilah masa terbaik untuk kita melaksanakan amanah kita itu. Mungkin sebelum ini kita merasakan berpakaian seperti bukan seorang huffaz jadi di bulan ini masa terbaik untuk kita menjadi lebih baik.

Sahabat dan sahabiyah,.

Kita semua sedia maklum didalam Al-Quran ada satu ayat mengapa kita disuruh berpuasa, ana merasakan ramai dikalangan kita masih mengingati ayat tersebut. Didalam ayat tersebut Allah menyatakan bahawa kita diwajibkan berpuasa seperti mana kaum-kaum sebelum kita dan moga-moga kita menjadi yang bertakwa. Namun sahabat dan sahabiyah sejauh mana kita memahami moga-moga kita menjadi yang bertakwa. Adakah hanya dengan kit berpuasa makan dan minum sahaja. Adakah itu kita mampu menjadi bertakwa.

Untuk menjadi bertakwa sudah semestinya kita perlu memahami mengapa kita berpuasa. Kita berpuasa bukan hanya berpuasa semata-mata. Tetapi kita berpuasa kerana ia menjadi medan tarbiah kita. Di sinilah kita memantapkan iman kita dengan mentadabbur al-Quran bukan hanya berlumba siapa lagi banyak menbaca. Janganlah kita menjadi golongan yang hanya membaca tetapi menjadi golongan menbaca, mentadabbur, memahami serta beramal dengan dengan isi Al-Quran sebagai mana tuntutan kita sebagai seorang huffaz.

Sebagai akhir kalam, ana memohon maaf andai ada tersilap kata mahupun terguris perasaan kalian banin mahupun banat. Moga-moga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita dan kita berjaya merangkul ijazah taqwa dari Allah.S.W.T. Juga sebagai pesanan buat diri ana, moga kita semua terus diberi peluang oleh Allah agar mukjizat al-Quran terus mengalir dalam diri kita. Ingat murajaah selalu hafazan kita.

SALAM RAMADHAN KAREEM,.
SALAM UKHUWWAH FILLAH

MUHAMMAD MARWAN FATHY BIN MOHD ARIFF
Pengerusi Qurra`3,
Intellectual Quranic Alumni Generation,
Maahad Tahfiz Sains.
(sekarang menuntut di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru)

Sunday, 3 July 2011

Sayuran + Garam = Kelazatan



Sayuran.
Sayuran segar. Tatkala baru dipetik. Baru beberapa tika.

Garam.

Dalam satu hidangan,
Tanpa garam, sayuran itu takkan enak dimakan. TAWAR. Langsung tidak memancing selera terhadapnya.

Andai sayuran itu banyak, namun garamnya sedikit, hidangan itu pastinya KURANG RASA. Namun masih enak dimakan walaupun kurang lazatnya.

Andai sayuran itu sedikit, namun garamnya banyak, alangkah TERUKNYA rasa! Tak sanggup dimakan.

Namun jika sedikit sayuran yang digaul bersama kuantiti garam yang sepatutnya LEBIH MEMADAI daripada yang disebutkan tadi. Apatah lagi SAYURAN YANG BANYAK DIGAUL DENGAN GARAM YANG BANYAK (bersesuaian).

Andaikan ini analoginya :
Sayuran: Amalan
Garam : Ilmu

Lantas?Resolusinya?


Amalan itu tak bermakna tanpa ilmu mengenainya. Tawar terasa. Ibarat taklid membuta. Solat tanpa ruh. Puasa tanpa mengetahui kaifiat, sebab dan musababnya. Hambar.

Banyaknya amalan dengan sedikit ilmu mungkin dianggap memadai, namun masih kurang terasa. Ibadat orang awam. Sekadar memenuhi kewajipan dengan sedikit ilmu mengenainya. Namun belum mampu menjiwai sepenuh rasa.

Amalan sedikit, namun ilmunya banyak. 'Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah'. Tak bermakna pohon durian ditanam tanpa menikmati kelazatan ulas pangsanya. Ilmu penuh di dada, namun praktikalnya tiada. Adakah guna?

Bagaimana pula bagi seimbang amalan dan ilmunya? Sepadan, alhamdulillah, pasti membuahkan hasil yang membahagiakan. Terasa benar jelira terhadap sayuran itu, dan tentunya bermanfaat buat semua.

Sahabat, banyakkan garam, tingkatkan sayuran!
Sahabat, banyakkan ilmu, tingkatkan amalan!

Semoga segala usaha kita diredhai Allah hendaknya.

Wallahu A'lam, mohon betulkan jika tersalah.

Kredit analogi :
Cikgu Wan Rahim bin Wan Ali
Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah.