Ads 468x60px

Wednesday 7 September 2011

Perjuangan Kita,.

sahabaat dan sahabiyah Qurra`3

BismillahhiRahmanirRahim.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T, segugus selawat rindu serta cinta buat Rasulullah S.A.W, para sahabat baginda, ahlul bait baginda, ikhwan dan akhawat pejuang ISLAM, serta sahabat dan sahabiah Qurra`3 yang disayangi dan dirindui. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua warga Qurra`3 khususnya serta semua pembaca

Kini setelah hampir 2 minggu ana bercuti, barulah sempat untuk ana menitipkan sedikit ucapan serta nasihat buat diri ana dan sahabat Q3. Kini tibalah pula giliran sahabat serta sahabiah kita Ust Wan Hakim, Ust Fauzan, Ust Taqi, Ust Abd Qawiy, Ustzh Nor Athiyah, Ustzh Farhan serta ust dan ustzh lain yang akan melanjutkan kembara ilmu mereka ke luar negara berangkat ke destinasi masing-masing. Tidak dilupakan buat Ustzh Nur Nafilah binti Nazri, Timb Ketua Lajnah Perhubungan Qurra`3 yang akan melanjutkan pelajaran ke bumi Mesir. Semoga diri kalian terus istiqamah dan thabat diatas jalan perjuangan kita. Mungkin kita memilih laluan berbeza namun jalan kita serta destinasi kita tetap sama iaitu menuju Redha Allah serta melihat ISLAM itu bangkit.

Sahabat serta sahabiah Q3,
Kini kita semua bergelar mahasiswa dan mahasiswi di universiti masing-masing. Namun perlu diingat kita ada tittle ISLAM di belakang mahasiswa/wi kita. Kita mahasiwa/wi yang akan membawa nama serta imej ISLAM di tempat kita belajar selaras dengan tittle seorang hamalatul quran. Kitalah yang akan mencorakkan ISLAM didalam diri sahabat serta sahabiah kita di universiti. Jika sebelum ini ada sahabiah Q3 kita yang mampu menimbulkan rasa ingin bertudung didalam diri sahabatnya serta ingin mengikuti cara hidup sahabiah kita. Inilah satu contoh yang perlu dicontohi. Ingatlah kita seorang Remaja ISLAM.

Setiap remaja Islam mempunyai tanggungjawab terhadap agama Islam, yang mesti ditunaikan di dalam dunia ini. Setiap remaja Islam perlu berusaha untuk menjadi Remaja Haraki agar tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tidak ada seorang pun yang dapat melepaskan dirinya daripada melaksanakan tanggungjawab ini. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
bakal pemimpin ISLAM dan masyarakat

"Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya". (Hadith riwayat al-Bukhari)

Sahabat sahabiah sekalian,
Kita bukannya ingin menjadi remaja yang biasa-biasa, tetapi kita perlulah menjadi remaja yang kelihatan biasa tetapi luar biasa. Kita bukanlah tidak ingin melihat ISLAM itu bangkit. Ana masih ingat ketika kita di MTS dahulu, setiap malam sebelum pilihanraya kita semua akan menunaikan solat hajat berdoa agar ISLAM diberi kemenangan. Kita akan berkumpul di kerusi batu dihadapan kelas untuk membicarakan tentang ISLAM. Kita semua pasti berangan-angan untuk memperjuangkan ISLAM. Namun itu ketika di alam fantasi.

bakal srikandi2 ISLAM,.yg mnjdi tulang belakang
rijal-rijal ISLAM

Sekarang tibalah masanya sahabat sahabiah,
Sekarang masanya untuk kita cuba menjadikan angan-angan serta fantasi kita itu menjadi realiti. Ayuh sahabat sama-sama kita menjadi Remaja Haraki. Remaja Haraki disini bermaksud seorang remaja yang menggerakkan ISLAM demi melihat kebangkitan ISLAM itu kembali didalam setiap sudut. Jika kita hebat didalam berorganisasi maka berpersatuan, bina potensi diri dan persatuan agar persatuan bergerak selaras dengan ISLAM. Jika hebat menulis, menulis di setiap medium, di fb, blog, mahupun makalah serta risalah. Jika kita hebat menyanyi, gunalah suara kita untuk menarik orang mendekati ALLAH.

Sahabat sahabiah,
Kenalilah diri kalian, potensi kalian. Maka beradalah di posisi yang betul untuk membangunkan ISLAM. Moga kita sama-sama menjadi pendayung didalam sampan perjuangan kita. Anekdot dari Ust Azman Husin, mantan Guru BAK serta PSI kita di MTS.
Selamat Berjuang Sahabat Sahabiyah Tercinta.
Segalanya Kita Bersama.

Akh Muhammad Marwan Fathy bin Mohd Ariff
Pengerusi Qurra`3,
Intellectual Quranic Generation (ITQAN)
Maahad Tahfiz Sains
(sekarang Alhamdulillah menuntut di Kolej Universiti Darul Quran JAKIM)