al-quran itu ingat kepada yang mengingatinya |
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "puasa dan Al-Quran akan m'beri syafaat kepada hamba pada hari kiamat kelak.Puasa akan berkata'wahai rab,aku telah menahannya daripada makan dan syahwat,maka perkenankanlah aku untuk member syafaat kepadanya.Al-Quran pula berkata'aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari,maka perkenankanlah aku member syafaat kepadanya."kemudian baginda bersabda lagi"maka kedua-duanya diperkenankan"(diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)
Berdasarkan hadis diatas dapat dirungkaikan bahawa bertapa besarnya kelebihan puasa dan Quran pada bulan puasa ini.Seharusnya kita semua menggunakan peluang ramadhan yang bertandang hanya setahun sekali ini dengan sebaiknya.Lebih-lebih lagi hamlatul Quran seperti kita yang membawa amanah yang berat untuk menjaga dan menyebarkan risalah ini ke seluruh alam.Disinilah peluang kita semua untuk memantapkan lagi hafazan disamping merebut peluang ramadah yang mungkin juga menjadi ramadhan terakhir untuk kita.
moga kita menjadi ahlinya |
Marilah kita sama-sama menjadikan al-quran ini sahabat karib kita,kerana Al-Quran itu kenal kepada orang yang mencintainya dan menjaganya.Jangan jadikan ini sebagai beban tetapi jadikanlah ia sebagai anugerah yang allah berikan kepada kita,tanda cintanya allah kepada hambanya.Rebutlah peluang ini untuk mendekatkan diri kepada allah dan memohon keampunan dan meraih takwa yang ditawarkan di dalam pakej perjalan ramadhan ini.BERSAMA KITA IMARAHKAN RAMADHAN INI DENGAN ALUNAN AL-QURAN.
"Ya allah,hiasikanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran,muliakanlah kami dengan kemulian Al-Quran,serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al-Quran,dan pakaikanlah kami dengan pakain permata Al-Quran.Masukkanlah kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran.Selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran."
Buat sahabat semua bimbinglah diri ini menuju jalannya,kerana diri ini insan yang lemah.
Ukht Khadijah binti Hamzah
Timbalan Pengerusi Qurra`3,
Intellectual Quranic Alumni Generation,
Maahad Tahfiz Sains.
(sekarang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai)
1 comment:
terbaek la joh!!
Post a Comment