Ads 468x60px

Friday, 12 August 2011

Ifthor Qurra`3 DQ-UIA-IB,.

Tanggal 12 Ramadhan 1432 bersamaan 12 Ogos 2011, satu majlis ifthor telah diadakan antara warga qurra`3 yang belajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru dan International Baccalaureate, Banting. Majlis Ifthor ini adalah salah satu wasilah untuk mengeratkan ukhuwwah antara warga Qurra`3, disamping mengembalikan nostalgia ber‘ifthor’ di bumi MTS. Majlis ini telah diadakan di Masjid India, Kuala Lumpur.

Majlis yang sepatutnya bermula tepat 5.15 minit petang terpaksa dilewatkan akibat kegagalan kehadiran dari mereka yang sepatutnya hadir. Majlis diteruskan dengan mencari gerai untuk mengalas perut pada waktu berbuka. Tepat jam 6.00 petang semua student DQ sampai ke tempat yang dijanjikan. Namun suasana agak kebosanan akibat student dari UIA dan 2 orang student IB belum tiba. Setelah hampir 45 minit menunggu, 2 orang pelajar IB akhirnya tiba dengan muka yang selamber. Para peserta ifthor kemudian mengambil juadah untuk disantap pada waktu berbuka. Setelah 10 minit selepas berbuka, akhirnya pelajar asasi UIA PJ tiba setelah berhempas pulas dalam kesesakan lalu lintas.


ketika ifthor
Kemudian para peserta bersama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Setelah selesai solat jemaah Maghrib, kami para peserta bersama-sama meneruskan kembara kami ke rumah Akh Farahi Arif, mantan TKU MTS 2010 di Bangi untuk menginap pada malam itu. Kami seramai 18 orang terus melangkah kaki ke Stesen KTM Bank Negara untuk mengambil tren ke destinasi. Akhirnya tepat jam 9.20 malam kami dengan selamat meneruskan kembara kami.



Diskusi selepas solat Maghrib
Setelah berpanas(tren full dengan manusia macam sardin dalam tin) didalam tren hampir sejam, akhirnya kami dimaklumkan bahawa tren kami hanya dapat meneruskan perjalanan ke Salak Selatan sahaja kerana tren kami mengalami kerosakan. Dengan perasaan marah dan gembira(kerana dapat keluar dari tin sardin) kami keluar dari tren. Kami menyangka tren seterusnya akan tiba secepat mungkin namun kami terpaksa merempat di Salak Selatan hampir satu jam setengah. Berbagai aktiviti kami cuba lakukan bagi menghilangkan kebosanan seperti berdiskusi, bertukar-tukar pengalaman dan perbincangan sesama kami. Kami juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar-gambar kenangan untuk diabadikan. Akhinya tepat 11.45 malam kami dapat menaiki tren untuk ke rumah Akh Farahi.

ketika terkandas di Salak Selatan
Tepat jam 12.15 minit pagi (13 Ogos 2011) kami tiba di stesen UKM, Bangi. Kami dengan terkejut dan taajub melihat tiada sebuah teksi yang ada untuk kami naiki ke rumah Akh Farahi. Akhirnya, setelah bermusyawwarah dengan syura, kami mengambil keputusan untuk walking at night ke rumah Akh Farahi. Disepanjang kembara kami, berbagai aktiviti yang kami lakukan dan sebanyak mungkin ibrah kami capai sepanjang kembara kami.

kembara ke rumah Akh Farahi


berehat setelah letih berjalan
Antara ibrah yang dapat kami simpulkan ialah kesatuan dalam perjuangan. Kami juga dapat merasai bagaimana susah serta sukar dalam menggerakkan perjuangan Islam. Kami juga dapat mengaplikasi tingkatan usrah bermula dari berlapang dada (solamatul sodri), sama taraf (wusto) dan melebihkan sahabat kami(ithar). Kami juga dapat ibrah terbesar yang amat-amat berguna iaitu setiap perjuangan memerlukan mereka yang betul-betul gigih serta istiqamah dalam memastikan kelangsungan perjuangan. Ini jika kami lemah semangat or berputus asa mungkin kami akan tidur di bus stop berdekatan UKM. Selain itu, kami juga dapat ibrah yang penting iaitu UKHUWWAH is directly proportional to SUCCESS. Itulah equation yang cukup penting serta kejayaan umat ISLAM.

berhenti membasahkan tekak


kami wira jalanan
Akhirnya tepat pukul 2.00 pagi kami semua tiba di rumah Akh Farahi. Semoga perjalanan serta kembara kami dapat rahmat serta mendekatkan kami dengan tali ALLAH. Apa yang dapat disimpulkan ialah UKHUWWAH is directly proportional to IMAN. UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA...

Tuesday, 9 August 2011

Anekdot Sang Pengembara (Sila Baca Menggunakan Mata Hati Anda)

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada cerita yang ingin kukisahkan. Sang pengembara. Tentang sang pengembara.

Bersama sahabatnya.

Jauh mereka kembara. Ada berbatu-batu jauhnya. Ada bertahun-tahun lamanya. Safar mereka tak henti hingga tiba di destinasi. Selagi menapak selagi menuju. Destinasinya hanya satu; untuk kembali ke desa halaman yang dirindui. Adakah tiba atau tersasar?

Terik terasa memencar. Bahang terasa mewalahkan. Rambut kian kusut. Hati tambah serabut. Bukan sepanjang masa badai gurun lalai beristirehat. Sesekali menggalak, habis tergerutu. Sesekali mengamuk, lintang pukang kaki berkematu. Iklim gurun terasa mencabar. Penat, lesu dan letih. Inikah cabaran? Ataukah bala yang memakan?

Akasnya, si sahabat tertawa. Tercuit. Si sahabat menepuk bahu. Merangkul erat. Ujarnya, udara gurun bukanlah yang ternikmat. Ada lagi yang lebih menyamankan, iaitu di desa. Destinasi bersama. Tempat kepulangan. Lamanya mereka kembara, sehingga lupa akan kondisi desa. Si sahabat setia meneguhkan. Sedangkan untuk pandangan tiba ke hujung sana, kita harus menggunakan mata - melihat - apatah lagi untuk tiba, kita harus mengerah segenap kudrat. Berkorban itu adat gurun, kerana panasnya menguji. Sukarnya menduga. Si sahabat membuka peta perjalanan. Ada titipan ikhlas dari sang empunya peta, berpesan agar tetap cekal dan tabah. Sang pengembara jadi kuat.

Ramai pengembara sangsi, lantas memakan diri.

Gurun itu dua wajah, bergantung kepada sepet mata pengembara yang menatap. Waima jalan menuju desa, atau di situlah desanya. Sang pengembara tertanya-tanya; aku orang desa atau orang gurun? Desa itu khabarnya mendamaikan, namun tak kurang juga gurun ini (dek terbiasa). Jalannya mula perlahan, ralit dan asyikkan pesona gurun. Bukit pasir sejauh mata memandang. Ada dada langit yang kosong. Warna jingga muda yang menenangkan. (Semuanya dek terbiasa). 

Akasnya, si sahabat tertawa. Tercuit. Si sahabat membuka peta perjalanan. Ada lorong dan denai menuju destinasi. Sang pengembara seakan asing akan peta. Akan desa jua. Hanya pernah didengari akan desa itu oleh sang pengembara, namun buta akan kondisinya. Si sahabat setia menceritakan. Bukitnya, langitnya dan warnanya jauh lebih indah. Ada hijau yang menyamankan. Sungai yang mengalir gemalai. Bayu berpuput bernyanyi melambai. Sang pengembara terpesona. Katanya, bimbinglah aku ke sana! Si sahabat senyum kalbunya; mengapa tidak? Kerana peta inilah yang sepatutnya kita jadikan panduan, bukanlah berlegar di gurun gersang. Sang pengembara terharu.

Ramai pengembara sepi, lantas terpencil diri.

Sambungan anekdot di 
http://alpha-care.blogspot.com/2011/07/anekdot-sang-pengembara-sila-baca.html

Akh Syuaib bin Supani
Timbalan Pengerusi Qurra`3,
Intellectual Quranic Alumni Generation,
Maahad Tahfiz Sains.
(Sekarang Alhamdulillah menuntut di Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan) 

Friday, 29 July 2011

Salam Ramadhan,.

Bismillahhirrahmanirrahim,.

ramadhan bagaikan persinggahan untuk kita mengisi keimanan kita dalam kembara menuju kerdhaanNya.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,.rabbul alamin,.Raja sekalian alam,.
Selawa dan salam rindu buat kekasih agung, Muhammad Rasulullah S.A.W,.berkat perjuangan baginda kita sama-sama dapat menghirup nikmat ISLAM dan IMAN,.


Hanya tinggal beberapa ketika sahaja lagi SYA`ABAN bakal meninggalkan kita semua,.RAMADHAN bakal mendatang dengan penuh keberkatan dan nikmatnya bagi orang yang mensyukuri. Mungki ada dikalangan kita tertunggu-tunggu kedatangan Ramadhan dan ada yang rasa bosan dengan kedatangannya. Moga-moga kita semua para huffaz tergolong dalam kalangan yang tertunggu-tunggu akan Ramadhan dan mensyukuri kedatanganya.

Sahabat serta sahabiyah yang dicintai kerana Allah,.


Kedatangan bulan Ramadhan sebenarnya amat ditunggu oleh para sahabat serta golongan salafus soleh. Mengapa bulan ini sangat-sangat ditunggu oleh mereka. Ini kerana Ramadan al-Mubarak merupakan bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat diri kita agar kita dapat membersihkan semua diri kita dari belenggu dosa.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya. Mungkin sebelum ini kita terleka dari menjaga amanah kita iaitu Al-Quran mungkin inilah masa terbaik untuk kita melaksanakan amanah kita itu. Mungkin sebelum ini kita merasakan berpakaian seperti bukan seorang huffaz jadi di bulan ini masa terbaik untuk kita menjadi lebih baik.

Sahabat dan sahabiyah,.

Kita semua sedia maklum didalam Al-Quran ada satu ayat mengapa kita disuruh berpuasa, ana merasakan ramai dikalangan kita masih mengingati ayat tersebut. Didalam ayat tersebut Allah menyatakan bahawa kita diwajibkan berpuasa seperti mana kaum-kaum sebelum kita dan moga-moga kita menjadi yang bertakwa. Namun sahabat dan sahabiyah sejauh mana kita memahami moga-moga kita menjadi yang bertakwa. Adakah hanya dengan kit berpuasa makan dan minum sahaja. Adakah itu kita mampu menjadi bertakwa.

Untuk menjadi bertakwa sudah semestinya kita perlu memahami mengapa kita berpuasa. Kita berpuasa bukan hanya berpuasa semata-mata. Tetapi kita berpuasa kerana ia menjadi medan tarbiah kita. Di sinilah kita memantapkan iman kita dengan mentadabbur al-Quran bukan hanya berlumba siapa lagi banyak menbaca. Janganlah kita menjadi golongan yang hanya membaca tetapi menjadi golongan menbaca, mentadabbur, memahami serta beramal dengan dengan isi Al-Quran sebagai mana tuntutan kita sebagai seorang huffaz.

Sebagai akhir kalam, ana memohon maaf andai ada tersilap kata mahupun terguris perasaan kalian banin mahupun banat. Moga-moga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita dan kita berjaya merangkul ijazah taqwa dari Allah.S.W.T. Juga sebagai pesanan buat diri ana, moga kita semua terus diberi peluang oleh Allah agar mukjizat al-Quran terus mengalir dalam diri kita. Ingat murajaah selalu hafazan kita.

SALAM RAMADHAN KAREEM,.
SALAM UKHUWWAH FILLAH

MUHAMMAD MARWAN FATHY BIN MOHD ARIFF
Pengerusi Qurra`3,
Intellectual Quranic Alumni Generation,
Maahad Tahfiz Sains.
(sekarang menuntut di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru)

Sunday, 3 July 2011

Sayuran + Garam = Kelazatan



Sayuran.
Sayuran segar. Tatkala baru dipetik. Baru beberapa tika.

Garam.

Dalam satu hidangan,
Tanpa garam, sayuran itu takkan enak dimakan. TAWAR. Langsung tidak memancing selera terhadapnya.

Andai sayuran itu banyak, namun garamnya sedikit, hidangan itu pastinya KURANG RASA. Namun masih enak dimakan walaupun kurang lazatnya.

Andai sayuran itu sedikit, namun garamnya banyak, alangkah TERUKNYA rasa! Tak sanggup dimakan.

Namun jika sedikit sayuran yang digaul bersama kuantiti garam yang sepatutnya LEBIH MEMADAI daripada yang disebutkan tadi. Apatah lagi SAYURAN YANG BANYAK DIGAUL DENGAN GARAM YANG BANYAK (bersesuaian).

Andaikan ini analoginya :
Sayuran: Amalan
Garam : Ilmu

Lantas?Resolusinya?


Amalan itu tak bermakna tanpa ilmu mengenainya. Tawar terasa. Ibarat taklid membuta. Solat tanpa ruh. Puasa tanpa mengetahui kaifiat, sebab dan musababnya. Hambar.

Banyaknya amalan dengan sedikit ilmu mungkin dianggap memadai, namun masih kurang terasa. Ibadat orang awam. Sekadar memenuhi kewajipan dengan sedikit ilmu mengenainya. Namun belum mampu menjiwai sepenuh rasa.

Amalan sedikit, namun ilmunya banyak. 'Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah'. Tak bermakna pohon durian ditanam tanpa menikmati kelazatan ulas pangsanya. Ilmu penuh di dada, namun praktikalnya tiada. Adakah guna?

Bagaimana pula bagi seimbang amalan dan ilmunya? Sepadan, alhamdulillah, pasti membuahkan hasil yang membahagiakan. Terasa benar jelira terhadap sayuran itu, dan tentunya bermanfaat buat semua.

Sahabat, banyakkan garam, tingkatkan sayuran!
Sahabat, banyakkan ilmu, tingkatkan amalan!

Semoga segala usaha kita diredhai Allah hendaknya.

Wallahu A'lam, mohon betulkan jika tersalah.

Kredit analogi :
Cikgu Wan Rahim bin Wan Ali
Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah.


Saturday, 28 May 2011

Kuasa Pemuda...


Assalamualaikum,.

BismilLahirRahmanirRahim

SYABAB???..

Kenapa mesti pemuda?..urm,pelik betul..Menngapa setiap kali kita mengdengar atau menghadiri mana ceramah, tazkirah atatupun diskusi kita sering diberitahu atau dikhabarkan bahawa pemudalah yang mampu membangunkan Islam. Mengapa? Inilah persoalan yang selalu bermain di kotak fikiranku....dari dulu sampai sekarang. Erm..takdelah sampai sekarang, sekarang dah faham..dulu je..blur sikit. Kenapa mesti pemuda ya? Kenapa tak orang tua?...orang tua dah ada kerja, dah besar,lagi matang, tapi kenapa pemuda juga yang dipilih dan diharapkan?...


Baiklah sahabat-sahabiah sekalian,

Islam...suatu ketika dahulu telah dibawa oleh seorang pemuda yang bernama Muhammad iaitu Rasulullah S.A.W. Di sinilah telah bermulanya sistem cara hidup baru yang lengkap yang melingkupi seluruh aspek dalam kehidupan kita,...ekonomi, politik, sosial,...jenayah..semuanya lengkap.

Dan kemudiannya, selepas wafatnya baginda S.A.W, Islam terus dikukuhkan oleh generasi para sahabat yang ketika itu digelar era pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin...bermula dengan Abu Bakar..diteruskan oleh Umar Al-Khatab....disambung oleh Uthman Bin Affan dan akhirnya oleh Ali Bin Abi Talib. Banyak sumbangan yang dilakukan oleh para sahabat ketika ini.Perluasan kuasa dan pengaruh Islam juga turut berkembang. Hal ini kerana para sahabat seperti mereka ini mempunyai suatu aura atau jiwa iaitu "jiwa pemuda".

Selepas tamatnya era pemerintahan ini,semangat jiwa pemuda ini dapat kita lihat pada era pemerintahan seterusnya yang lebih bercorakkan sistem monarki. Bermula dengan zaman Umayyah, Abasiyyah dan diakhiri oleh Turki Uthmaniyyah. Ketika ini, Islam seolah-olah telah menguasai seluruh dunia. Sistem pemerintahan yang berunsurkan jahiliyyah telah ditukar oleh dasar-dasar Islam yang bercorakkan syumuliyyah..sempurna..ketika itu. Tiada berlakunya pemberontakan, rakyat hidup dengan aman tanpa huru-hara. Kemiskinan amat sukar dilihat ketika itu. Ketandusan ilmu juga merupakan suatu perkara yang mustahil ketika itu, bahkan Kerajaaan Islamlah menjadi pusat orang-orang eropah menuntut ilmu ketika itu yang akhirnya telah mencetuskan satu zaman iaitu zaman reinassance yang telah membuka mata orang eropah terhadap kepentingan ilmu dan mengeluarkan mereka daripada tamadun yang gelap.

Persoalannya sahabat-sahabiah, siapakah yang menjadi penyumbang kepada kegemilangan Islam bermula dari zaman Rasulullah sehingga terjatuhnya empayar Turki Uthmaniyyah?

Jawapannya ialah PEMUDA..ya ,itulah jawapannya kerana banyak sejarah yang membuktikan telah lahir ramai tokoh-tokoh Islam sepanjang tempoh itu.

Tariq Ziyad contohnya, beliau telah diberi tugas untuk memimpin tentera Islam ketika berumur 15 tahun.Bayangkan sahabat-sahabiah,baru form 3 dah jadi panglima perang. Kita ni baru nak pegang pensel dan pen untuk ambil PMR.  

Jasa Tariq b Ziyad
 Salahudin Al-Ayubi,seorang tokoh cukup terkenal dalam kalangan kita. Beliau telah berjaya menakluk baitulmaqdis ketika berumur 30-an tahun, nak menunjukkan semangat pemuda masih ada dalam dirinya ketika itu

tugu peringatan Salahuddin al-Ayyubi
 Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk konstantinople.. berjaya menawan ketika berumur 24 tahun. Bayangkan sahabat-sahabiah sekalian, sejarah telah membuktikan betapa pentingnya generasi pemuda dalam menggerakkan Islam.

Bukan itu sahaja sahabat-sahabiah,selepas kejatuhan sistem khilafah juga,jiwa pemuda ini terus diwarisi oleh sahabat-sahabat kita di sana. Sebagai contoh, Allahyarham Hassan Al-Banna yang mengasaskan gerakan Ikhwanul Muslimin. Nak cerita betapa strateginya pemikiran beliau sehinggakan beliau berjaya menyatukan kuasa dan tenaga pemuda Islam melalui usrah sahaja semata-mata untuk menegakkan kembali daulah khilafah Islamiyah yang pernah tertegak suatu ketika dahulu. Gerakan ini hampir berjaya menggulingkan King Farouk ketika itu tetapi gagal kerana berlakunya pembocoran rahsia dan maklumat tentang gerakan ini.


Seterusnya, Allahyarham Syeikh Ahmad Yassin, seorang tokoh yang mengasaskan gerakan HAMAS di Palestine. Sekiranya kita dengar suara dia sahabat-sahabiah, lebih kurang macam Mickey Mouse. Tetapi lihat bagaimana dia berjaya mencetuskan intifadhah dalam kalangan pemuda HAMAS ketika itu. Syeikh Ahmad Yassin yang meninggal dunia akibat serangan perluru berpandu apache pernah berkata, 
"Aku tidak gentar untuk mati dibunuh,kerana jika aku mati,aku akan melahirkan ramai lagi syeikh Ahmad Yassin dalam kalangan pemuda".

Lihatlah sahabat-sahabiah,betapa pentingnya pemuda dalam gerakan Islam kini.

Hal ini kerana,semasa berjiwa pemudalah, kita akan bertindak lebih aktif, tenaga kita cukup kuat, mampu,bertenaga, yakin..kerana itulah setiap masa perlu dikorbankan, tenaga dan fikiran kita perlu dikerahkan semaksimumnya ketika ini...semata-mata untuk perjuangan Islam yang menjadi kewajipan buat kita, remaja Islam...bukan hobi atau suka-suka, tetapi tanggungjawab.

Buat sahabat-sahabat yang akan melangkah ke alam IPT, tidak kira dimana sahaja, di UIA, UM, UiTM, DQ mahupun di luar negara Jordan, Mesir mahupun UK, selamat berjuang. Janganlah dilupakan tarbiyyah yang pernah ditimba ketika alam persekolahan, teruskanlah perjuangan, ingatlah Allah dan Islam, kerana zaman IPT inilah sangat mencabar, memerlukan banyak pengorbanan dan semangat juang yang tinggi.
QURRA`3 BANIN
QURRA`3 BANAT
Salam mujahadah sahabat-sahabatku...!!!!

Sunday, 22 May 2011

Mereka Menyemai Benih Budi


GURUKU SANG MUTIARA ♥

Tetap jua diratah usia;
Di dinding rotan secekak,
Di meja pena sebatang,
Guna menanda buku latihan bersawang.

Tetap jua diratah usia,
Segala maung pahit jadamnya,
Aku kian walah,
Namun hening pagi bagaikan mencerap kembali,
Sisa usia, kenangan budi dan mutiaranya.

Guruku sang mutiara jerihnya,
Usia tak termamah,gilapnya tak luntur jua,
Bak rotan dan pena tidaklah,
Kerana mutiara itu gemerlapannya abadi,
Kemilau bakti di hati tersemi.

Guruku sang mutiara mengharum samudera,
Memupuk ranum si anak bangsa,
Segar pepohon kerana embun,
Segah tamadun dek ilmu merimbun.
 
Selamat Hari Guru 2011

Saturday, 21 May 2011

SEGALANYA KITA BERSAMA

Salam Ukhuwwah Fillah,.

Buat sahabat-sahabat pembaca sekalian,.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Rabbul Alamin, tuhan sekalian alam, tuhan yang mencipta diri kita semua.

Salam selawat serta rindu buat Rasulullah Muhammad S.A.W, pencinta akan umatnya, ahlul bait baginda serta seluruh pejuang-pejuang dan ikhwan-ikhwan ISLAM seluruh dunia dan masa.

Pertamanya, ana mengucapkan ribuan kesyukuran kerana telah terhasilnya sebuah blog khas buat ex-huffaz mts generasi ketiga. Semoga dengan kehadiran blog ini akan dapat sama-sama kita berkongsi segala-galanya. Mengapa ana mengatakan kita berkongsi segala-galanya, ini kerana segalanya adalah milik kita,
Warga Qurra`3 MAAHAD TAHFIZ SAINS, TANAH MERAH

Ukhuwwah??
Adakah kita mengerti apa itu ukhuwwah? Adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan ukhuwwah islamiah? Adakah ukhuwwah islamiah sama dengan persahabatan biasa? Best ke ukhuwwah islamiah? Mungkin itu antara persoalan yang sering tinbul dibenak fikiran kita apabila berbicara tentang ukhuwwah.
Sahabat sekalian,
Ukhuwwah islamiah bukanlah satu hubungan persahabatan yang biasa. Ia merupakan satu hubungan yang cukup istimewa disisi ISLAM. Melalui ukhuwwah islamiah kita akan dapat membina satu kekuatan yang pernah dibina oleh Rasulullah dan para sahabat R.A ketika dizaman awal permulaan islam.
kita harapan ummah...majulah RIJAL dan NISA` MTS
 
Rasulullah bersabda:
" Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Begitu tinggi nilai ukhuwwah didalam ISLAM sehingga Rasulullah sendiri mengajar kita agar kita sentiasa mengasihi sahabat-sahabat kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri. Ukhuwwah Islamiah dikatakan amat penting didalam pembangunan Khilafah Islamiah adalah kerana melalui ukhuwwah islamiah kita akan salingi ingat mengigati sesama muslim agar tingkat asas dalam maratibul amal yang digariskan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Bannaiaitu fardhul muslim dapat direalisasikan yang seterusnya melahirkan baitul muslim, mujtama` muslim, daulah islam dan akhir sekali mencapai khilafatul muslim.

Sahabat sekalian,
Sedarlah kita adakah selama ini kita bersahabat berlandaskan untuk mendapat mardhatillah atau ukhuwwah insaniah. Ayuh sahabat, mari kita tukarkan kembali ukhuwwah insaniah kita kepada mencapai mardhatillah melalui kita mentrensformasikan ukhuwwah insaniah kita kepada ukhuwwah islamiah, agar kita dapat sama-sama merasai halawah didalam berukhuwwah. Ingatlah sahabatku, amalkanlah berlapang dada dalam serendah-rendah ukhuwwah dan ithar dalam setinggi-tinggi ukhuwwah kita.


Warga Qurra` 3

Moga-moga sedikit pengisian dari diri ana yang mewakili seluruh pimpinan Qurra`3, Intellectual Quranic Alumni Generation Club dapat lagi kita meneguhkan ukhuwwah kita semua. Semoga ukhuwwah kita berkekalan buat selama-lamanya.

SEGALANYA KITA BERSAMA
SALAM UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADAN