Ads 468x60px

Friday, 29 July 2011

Salam Ramadhan,.

Bismillahhirrahmanirrahim,.

ramadhan bagaikan persinggahan untuk kita mengisi keimanan kita dalam kembara menuju kerdhaanNya.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,.rabbul alamin,.Raja sekalian alam,.
Selawa dan salam rindu buat kekasih agung, Muhammad Rasulullah S.A.W,.berkat perjuangan baginda kita sama-sama dapat menghirup nikmat ISLAM dan IMAN,.


Hanya tinggal beberapa ketika sahaja lagi SYA`ABAN bakal meninggalkan kita semua,.RAMADHAN bakal mendatang dengan penuh keberkatan dan nikmatnya bagi orang yang mensyukuri. Mungki ada dikalangan kita tertunggu-tunggu kedatangan Ramadhan dan ada yang rasa bosan dengan kedatangannya. Moga-moga kita semua para huffaz tergolong dalam kalangan yang tertunggu-tunggu akan Ramadhan dan mensyukuri kedatanganya.

Sahabat serta sahabiyah yang dicintai kerana Allah,.


Kedatangan bulan Ramadhan sebenarnya amat ditunggu oleh para sahabat serta golongan salafus soleh. Mengapa bulan ini sangat-sangat ditunggu oleh mereka. Ini kerana Ramadan al-Mubarak merupakan bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat diri kita agar kita dapat membersihkan semua diri kita dari belenggu dosa.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya. Mungkin sebelum ini kita terleka dari menjaga amanah kita iaitu Al-Quran mungkin inilah masa terbaik untuk kita melaksanakan amanah kita itu. Mungkin sebelum ini kita merasakan berpakaian seperti bukan seorang huffaz jadi di bulan ini masa terbaik untuk kita menjadi lebih baik.

Sahabat dan sahabiyah,.

Kita semua sedia maklum didalam Al-Quran ada satu ayat mengapa kita disuruh berpuasa, ana merasakan ramai dikalangan kita masih mengingati ayat tersebut. Didalam ayat tersebut Allah menyatakan bahawa kita diwajibkan berpuasa seperti mana kaum-kaum sebelum kita dan moga-moga kita menjadi yang bertakwa. Namun sahabat dan sahabiyah sejauh mana kita memahami moga-moga kita menjadi yang bertakwa. Adakah hanya dengan kit berpuasa makan dan minum sahaja. Adakah itu kita mampu menjadi bertakwa.

Untuk menjadi bertakwa sudah semestinya kita perlu memahami mengapa kita berpuasa. Kita berpuasa bukan hanya berpuasa semata-mata. Tetapi kita berpuasa kerana ia menjadi medan tarbiah kita. Di sinilah kita memantapkan iman kita dengan mentadabbur al-Quran bukan hanya berlumba siapa lagi banyak menbaca. Janganlah kita menjadi golongan yang hanya membaca tetapi menjadi golongan menbaca, mentadabbur, memahami serta beramal dengan dengan isi Al-Quran sebagai mana tuntutan kita sebagai seorang huffaz.

Sebagai akhir kalam, ana memohon maaf andai ada tersilap kata mahupun terguris perasaan kalian banin mahupun banat. Moga-moga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita dan kita berjaya merangkul ijazah taqwa dari Allah.S.W.T. Juga sebagai pesanan buat diri ana, moga kita semua terus diberi peluang oleh Allah agar mukjizat al-Quran terus mengalir dalam diri kita. Ingat murajaah selalu hafazan kita.

SALAM RAMADHAN KAREEM,.
SALAM UKHUWWAH FILLAH

MUHAMMAD MARWAN FATHY BIN MOHD ARIFF
Pengerusi Qurra`3,
Intellectual Quranic Alumni Generation,
Maahad Tahfiz Sains.
(sekarang menuntut di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru)

Sunday, 3 July 2011

Sayuran + Garam = Kelazatan



Sayuran.
Sayuran segar. Tatkala baru dipetik. Baru beberapa tika.

Garam.

Dalam satu hidangan,
Tanpa garam, sayuran itu takkan enak dimakan. TAWAR. Langsung tidak memancing selera terhadapnya.

Andai sayuran itu banyak, namun garamnya sedikit, hidangan itu pastinya KURANG RASA. Namun masih enak dimakan walaupun kurang lazatnya.

Andai sayuran itu sedikit, namun garamnya banyak, alangkah TERUKNYA rasa! Tak sanggup dimakan.

Namun jika sedikit sayuran yang digaul bersama kuantiti garam yang sepatutnya LEBIH MEMADAI daripada yang disebutkan tadi. Apatah lagi SAYURAN YANG BANYAK DIGAUL DENGAN GARAM YANG BANYAK (bersesuaian).

Andaikan ini analoginya :
Sayuran: Amalan
Garam : Ilmu

Lantas?Resolusinya?


Amalan itu tak bermakna tanpa ilmu mengenainya. Tawar terasa. Ibarat taklid membuta. Solat tanpa ruh. Puasa tanpa mengetahui kaifiat, sebab dan musababnya. Hambar.

Banyaknya amalan dengan sedikit ilmu mungkin dianggap memadai, namun masih kurang terasa. Ibadat orang awam. Sekadar memenuhi kewajipan dengan sedikit ilmu mengenainya. Namun belum mampu menjiwai sepenuh rasa.

Amalan sedikit, namun ilmunya banyak. 'Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah'. Tak bermakna pohon durian ditanam tanpa menikmati kelazatan ulas pangsanya. Ilmu penuh di dada, namun praktikalnya tiada. Adakah guna?

Bagaimana pula bagi seimbang amalan dan ilmunya? Sepadan, alhamdulillah, pasti membuahkan hasil yang membahagiakan. Terasa benar jelira terhadap sayuran itu, dan tentunya bermanfaat buat semua.

Sahabat, banyakkan garam, tingkatkan sayuran!
Sahabat, banyakkan ilmu, tingkatkan amalan!

Semoga segala usaha kita diredhai Allah hendaknya.

Wallahu A'lam, mohon betulkan jika tersalah.

Kredit analogi :
Cikgu Wan Rahim bin Wan Ali
Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah.


Saturday, 28 May 2011

Kuasa Pemuda...


Assalamualaikum,.

BismilLahirRahmanirRahim

SYABAB???..

Kenapa mesti pemuda?..urm,pelik betul..Menngapa setiap kali kita mengdengar atau menghadiri mana ceramah, tazkirah atatupun diskusi kita sering diberitahu atau dikhabarkan bahawa pemudalah yang mampu membangunkan Islam. Mengapa? Inilah persoalan yang selalu bermain di kotak fikiranku....dari dulu sampai sekarang. Erm..takdelah sampai sekarang, sekarang dah faham..dulu je..blur sikit. Kenapa mesti pemuda ya? Kenapa tak orang tua?...orang tua dah ada kerja, dah besar,lagi matang, tapi kenapa pemuda juga yang dipilih dan diharapkan?...


Baiklah sahabat-sahabiah sekalian,

Islam...suatu ketika dahulu telah dibawa oleh seorang pemuda yang bernama Muhammad iaitu Rasulullah S.A.W. Di sinilah telah bermulanya sistem cara hidup baru yang lengkap yang melingkupi seluruh aspek dalam kehidupan kita,...ekonomi, politik, sosial,...jenayah..semuanya lengkap.

Dan kemudiannya, selepas wafatnya baginda S.A.W, Islam terus dikukuhkan oleh generasi para sahabat yang ketika itu digelar era pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin...bermula dengan Abu Bakar..diteruskan oleh Umar Al-Khatab....disambung oleh Uthman Bin Affan dan akhirnya oleh Ali Bin Abi Talib. Banyak sumbangan yang dilakukan oleh para sahabat ketika ini.Perluasan kuasa dan pengaruh Islam juga turut berkembang. Hal ini kerana para sahabat seperti mereka ini mempunyai suatu aura atau jiwa iaitu "jiwa pemuda".

Selepas tamatnya era pemerintahan ini,semangat jiwa pemuda ini dapat kita lihat pada era pemerintahan seterusnya yang lebih bercorakkan sistem monarki. Bermula dengan zaman Umayyah, Abasiyyah dan diakhiri oleh Turki Uthmaniyyah. Ketika ini, Islam seolah-olah telah menguasai seluruh dunia. Sistem pemerintahan yang berunsurkan jahiliyyah telah ditukar oleh dasar-dasar Islam yang bercorakkan syumuliyyah..sempurna..ketika itu. Tiada berlakunya pemberontakan, rakyat hidup dengan aman tanpa huru-hara. Kemiskinan amat sukar dilihat ketika itu. Ketandusan ilmu juga merupakan suatu perkara yang mustahil ketika itu, bahkan Kerajaaan Islamlah menjadi pusat orang-orang eropah menuntut ilmu ketika itu yang akhirnya telah mencetuskan satu zaman iaitu zaman reinassance yang telah membuka mata orang eropah terhadap kepentingan ilmu dan mengeluarkan mereka daripada tamadun yang gelap.

Persoalannya sahabat-sahabiah, siapakah yang menjadi penyumbang kepada kegemilangan Islam bermula dari zaman Rasulullah sehingga terjatuhnya empayar Turki Uthmaniyyah?

Jawapannya ialah PEMUDA..ya ,itulah jawapannya kerana banyak sejarah yang membuktikan telah lahir ramai tokoh-tokoh Islam sepanjang tempoh itu.

Tariq Ziyad contohnya, beliau telah diberi tugas untuk memimpin tentera Islam ketika berumur 15 tahun.Bayangkan sahabat-sahabiah,baru form 3 dah jadi panglima perang. Kita ni baru nak pegang pensel dan pen untuk ambil PMR.  

Jasa Tariq b Ziyad
 Salahudin Al-Ayubi,seorang tokoh cukup terkenal dalam kalangan kita. Beliau telah berjaya menakluk baitulmaqdis ketika berumur 30-an tahun, nak menunjukkan semangat pemuda masih ada dalam dirinya ketika itu

tugu peringatan Salahuddin al-Ayyubi
 Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk konstantinople.. berjaya menawan ketika berumur 24 tahun. Bayangkan sahabat-sahabiah sekalian, sejarah telah membuktikan betapa pentingnya generasi pemuda dalam menggerakkan Islam.

Bukan itu sahaja sahabat-sahabiah,selepas kejatuhan sistem khilafah juga,jiwa pemuda ini terus diwarisi oleh sahabat-sahabat kita di sana. Sebagai contoh, Allahyarham Hassan Al-Banna yang mengasaskan gerakan Ikhwanul Muslimin. Nak cerita betapa strateginya pemikiran beliau sehinggakan beliau berjaya menyatukan kuasa dan tenaga pemuda Islam melalui usrah sahaja semata-mata untuk menegakkan kembali daulah khilafah Islamiyah yang pernah tertegak suatu ketika dahulu. Gerakan ini hampir berjaya menggulingkan King Farouk ketika itu tetapi gagal kerana berlakunya pembocoran rahsia dan maklumat tentang gerakan ini.


Seterusnya, Allahyarham Syeikh Ahmad Yassin, seorang tokoh yang mengasaskan gerakan HAMAS di Palestine. Sekiranya kita dengar suara dia sahabat-sahabiah, lebih kurang macam Mickey Mouse. Tetapi lihat bagaimana dia berjaya mencetuskan intifadhah dalam kalangan pemuda HAMAS ketika itu. Syeikh Ahmad Yassin yang meninggal dunia akibat serangan perluru berpandu apache pernah berkata, 
"Aku tidak gentar untuk mati dibunuh,kerana jika aku mati,aku akan melahirkan ramai lagi syeikh Ahmad Yassin dalam kalangan pemuda".

Lihatlah sahabat-sahabiah,betapa pentingnya pemuda dalam gerakan Islam kini.

Hal ini kerana,semasa berjiwa pemudalah, kita akan bertindak lebih aktif, tenaga kita cukup kuat, mampu,bertenaga, yakin..kerana itulah setiap masa perlu dikorbankan, tenaga dan fikiran kita perlu dikerahkan semaksimumnya ketika ini...semata-mata untuk perjuangan Islam yang menjadi kewajipan buat kita, remaja Islam...bukan hobi atau suka-suka, tetapi tanggungjawab.

Buat sahabat-sahabat yang akan melangkah ke alam IPT, tidak kira dimana sahaja, di UIA, UM, UiTM, DQ mahupun di luar negara Jordan, Mesir mahupun UK, selamat berjuang. Janganlah dilupakan tarbiyyah yang pernah ditimba ketika alam persekolahan, teruskanlah perjuangan, ingatlah Allah dan Islam, kerana zaman IPT inilah sangat mencabar, memerlukan banyak pengorbanan dan semangat juang yang tinggi.
QURRA`3 BANIN
QURRA`3 BANAT
Salam mujahadah sahabat-sahabatku...!!!!

Sunday, 22 May 2011

Mereka Menyemai Benih Budi


GURUKU SANG MUTIARA ♥

Tetap jua diratah usia;
Di dinding rotan secekak,
Di meja pena sebatang,
Guna menanda buku latihan bersawang.

Tetap jua diratah usia,
Segala maung pahit jadamnya,
Aku kian walah,
Namun hening pagi bagaikan mencerap kembali,
Sisa usia, kenangan budi dan mutiaranya.

Guruku sang mutiara jerihnya,
Usia tak termamah,gilapnya tak luntur jua,
Bak rotan dan pena tidaklah,
Kerana mutiara itu gemerlapannya abadi,
Kemilau bakti di hati tersemi.

Guruku sang mutiara mengharum samudera,
Memupuk ranum si anak bangsa,
Segar pepohon kerana embun,
Segah tamadun dek ilmu merimbun.
 
Selamat Hari Guru 2011

Saturday, 21 May 2011

SEGALANYA KITA BERSAMA

Salam Ukhuwwah Fillah,.

Buat sahabat-sahabat pembaca sekalian,.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Rabbul Alamin, tuhan sekalian alam, tuhan yang mencipta diri kita semua.

Salam selawat serta rindu buat Rasulullah Muhammad S.A.W, pencinta akan umatnya, ahlul bait baginda serta seluruh pejuang-pejuang dan ikhwan-ikhwan ISLAM seluruh dunia dan masa.

Pertamanya, ana mengucapkan ribuan kesyukuran kerana telah terhasilnya sebuah blog khas buat ex-huffaz mts generasi ketiga. Semoga dengan kehadiran blog ini akan dapat sama-sama kita berkongsi segala-galanya. Mengapa ana mengatakan kita berkongsi segala-galanya, ini kerana segalanya adalah milik kita,
Warga Qurra`3 MAAHAD TAHFIZ SAINS, TANAH MERAH

Ukhuwwah??
Adakah kita mengerti apa itu ukhuwwah? Adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan ukhuwwah islamiah? Adakah ukhuwwah islamiah sama dengan persahabatan biasa? Best ke ukhuwwah islamiah? Mungkin itu antara persoalan yang sering tinbul dibenak fikiran kita apabila berbicara tentang ukhuwwah.
Sahabat sekalian,
Ukhuwwah islamiah bukanlah satu hubungan persahabatan yang biasa. Ia merupakan satu hubungan yang cukup istimewa disisi ISLAM. Melalui ukhuwwah islamiah kita akan dapat membina satu kekuatan yang pernah dibina oleh Rasulullah dan para sahabat R.A ketika dizaman awal permulaan islam.
kita harapan ummah...majulah RIJAL dan NISA` MTS
 
Rasulullah bersabda:
" Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Begitu tinggi nilai ukhuwwah didalam ISLAM sehingga Rasulullah sendiri mengajar kita agar kita sentiasa mengasihi sahabat-sahabat kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri. Ukhuwwah Islamiah dikatakan amat penting didalam pembangunan Khilafah Islamiah adalah kerana melalui ukhuwwah islamiah kita akan salingi ingat mengigati sesama muslim agar tingkat asas dalam maratibul amal yang digariskan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Bannaiaitu fardhul muslim dapat direalisasikan yang seterusnya melahirkan baitul muslim, mujtama` muslim, daulah islam dan akhir sekali mencapai khilafatul muslim.

Sahabat sekalian,
Sedarlah kita adakah selama ini kita bersahabat berlandaskan untuk mendapat mardhatillah atau ukhuwwah insaniah. Ayuh sahabat, mari kita tukarkan kembali ukhuwwah insaniah kita kepada mencapai mardhatillah melalui kita mentrensformasikan ukhuwwah insaniah kita kepada ukhuwwah islamiah, agar kita dapat sama-sama merasai halawah didalam berukhuwwah. Ingatlah sahabatku, amalkanlah berlapang dada dalam serendah-rendah ukhuwwah dan ithar dalam setinggi-tinggi ukhuwwah kita.


Warga Qurra` 3

Moga-moga sedikit pengisian dari diri ana yang mewakili seluruh pimpinan Qurra`3, Intellectual Quranic Alumni Generation Club dapat lagi kita meneguhkan ukhuwwah kita semua. Semoga ukhuwwah kita berkekalan buat selama-lamanya.

SEGALANYA KITA BERSAMA
SALAM UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADAN