Alhamdulillah dirafa’kan kepada Allah s.w.t Rabb Jalla wa ’Ala di atas kurniaan umur yang mana kita masih dapat meneruskan agenda hidup kita ke arah menjadi seorang khalifah di muka bumi ini.
10 awal Zulhijjah..
Marilah kita sama-sama rebut ganjaran yang berlipat ganda beramal padanya. Inilah hari di mana keagungannya disebut dalam nas-nas baginda SAW dan disebabkan pensyariatan haji atau korban itu sendiri. 3 hari yang masih berbaki ini marilah kita ‘boost’ amalan-amalan soleh kita. Tidaklah lewat untuk kita sama-sama merebut peluang keemasan pada hari yang masih berbaki ini.
Seelok-eloknya isikanlah dengan banyak bertahlil, bertakbir, atau bertahmid iaitu termasuk dalam konteks berzikir sebagaimana yang diriwayat oleh Ibnu Umar secara marfu’. Keagungan 10 awal Zulhijjah ini sebenarnya jelas sebagaimana tafsiran majoriti ulama’ terhadap ayat 1-2 surah al-fajr;
Ìôfxÿø9$#ur ÇÊÈ @A$us9ur 9ô³tã ÇËÈ
1. Demi waktu fajar;
2. Dan malam Yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dalam konteks kita sebagai huffaz atau hamalatulquran pula, sebaiknya
pertingkatkanlah murajaah/i’adah Al-Quran yang mana ianya termasuk
dalam galakan umum beramal sebagaimana dalam hadis Nabi SAW.
Mengikut riwayat yang shahih daripada Bukhari hadis Ibnu ‘Abbas,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
‘’ Tiada hari-hari di mana amalan salih padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari 10 Zulhijjah. Mereka bertanya: “Hai Rasulullah, sekalipun jihad ke jalan Allah?” Lantas jawab Baginda: “Sekalipun jihad ke jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan diri dan hartanya untuk jihad tanpa pulang (iaitu mati syahid).”
Hadis ini jelas menunjukkan kelebihan yang terkandung pada awal 10 Zulhijjah.
Antara amalan lain yang amat dituntut juga (sunat muakkad) ialah kita berpuasa pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah dimana umat Islam di Mekah sedang mengerjakan ibadat Wukuf di ‘Arafah. Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. Akan tetapi ia tidak disunatkan bagi yang mengerjakan haji demi mengikut perbuatan Nabi SAW dan untuk menguatkan berdoa pada hari tersebut.
Tidak lupa juga amalan menghidupkan malam raya dengan berqiamullail juga mempunyai fadhilat yang besar.Orang yang beribadat pada malam raya, tidak akan mati hatinya.
Ibnu Majah meriwayatkan:
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَيِ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ، لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ.
Ertinya: Daripada Sayyidina Abu Umamah رضي الله عنه daripada Nabiصلى الله عليه وآله وسلم, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Barangsiapa berdiri (mengerjakan ibadah) pada malam dua raya (malam ‘eidul fitri dan malam ‘eidul adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, tidak mati hatinya pada hari dimatikan segala hati. (Hadits riwayat Ibnu Majah)
Manakala ath-Thabrani meriwayatkan daripada Sayyidina ‘Ubadaht, bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:
مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبِ
Ertinya: Barangsiapa menghidupkan malam raya fitrah dan malam raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari Allah mematikan hati-hati. (al-Jami’ ash-Shaghir, hadits no 8343: Dhaif)
Inilah hari-hari kurniaan Allah yang seharusnya kita syukuri dengan memperbanyakkan taubat dan juga mengelakkan daripada maksiat-maksiat yang boleh menodai kesucian hari-hari yang agung ini. Apa yang penting janganlah sesekali kita putus asa dengan rahmat Allah seluas langit dan bumi.. Ingatlah rahmat Allah meliputi segala sesuatu sebagaimana firmanNya, “Warohmatii wasi’at kulla syaiik”…
Allahua’lam.
Segalanya Kita Bersama,
“ Jagalah Allah, Nescaya Allah Menjagamu”
Muhammad Ilham bin Zakuan
Lajnah Tarbiah Qurra’3 ITQanMTS