Ads 468x60px

Friday 29 July 2011

Salam Ramadhan,.

Bismillahhirrahmanirrahim,.

ramadhan bagaikan persinggahan untuk kita mengisi keimanan kita dalam kembara menuju kerdhaanNya.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,.rabbul alamin,.Raja sekalian alam,.
Selawa dan salam rindu buat kekasih agung, Muhammad Rasulullah S.A.W,.berkat perjuangan baginda kita sama-sama dapat menghirup nikmat ISLAM dan IMAN,.


Hanya tinggal beberapa ketika sahaja lagi SYA`ABAN bakal meninggalkan kita semua,.RAMADHAN bakal mendatang dengan penuh keberkatan dan nikmatnya bagi orang yang mensyukuri. Mungki ada dikalangan kita tertunggu-tunggu kedatangan Ramadhan dan ada yang rasa bosan dengan kedatangannya. Moga-moga kita semua para huffaz tergolong dalam kalangan yang tertunggu-tunggu akan Ramadhan dan mensyukuri kedatanganya.

Sahabat serta sahabiyah yang dicintai kerana Allah,.


Kedatangan bulan Ramadhan sebenarnya amat ditunggu oleh para sahabat serta golongan salafus soleh. Mengapa bulan ini sangat-sangat ditunggu oleh mereka. Ini kerana Ramadan al-Mubarak merupakan bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat diri kita agar kita dapat membersihkan semua diri kita dari belenggu dosa.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya. Mungkin sebelum ini kita terleka dari menjaga amanah kita iaitu Al-Quran mungkin inilah masa terbaik untuk kita melaksanakan amanah kita itu. Mungkin sebelum ini kita merasakan berpakaian seperti bukan seorang huffaz jadi di bulan ini masa terbaik untuk kita menjadi lebih baik.

Sahabat dan sahabiyah,.

Kita semua sedia maklum didalam Al-Quran ada satu ayat mengapa kita disuruh berpuasa, ana merasakan ramai dikalangan kita masih mengingati ayat tersebut. Didalam ayat tersebut Allah menyatakan bahawa kita diwajibkan berpuasa seperti mana kaum-kaum sebelum kita dan moga-moga kita menjadi yang bertakwa. Namun sahabat dan sahabiyah sejauh mana kita memahami moga-moga kita menjadi yang bertakwa. Adakah hanya dengan kit berpuasa makan dan minum sahaja. Adakah itu kita mampu menjadi bertakwa.

Untuk menjadi bertakwa sudah semestinya kita perlu memahami mengapa kita berpuasa. Kita berpuasa bukan hanya berpuasa semata-mata. Tetapi kita berpuasa kerana ia menjadi medan tarbiah kita. Di sinilah kita memantapkan iman kita dengan mentadabbur al-Quran bukan hanya berlumba siapa lagi banyak menbaca. Janganlah kita menjadi golongan yang hanya membaca tetapi menjadi golongan menbaca, mentadabbur, memahami serta beramal dengan dengan isi Al-Quran sebagai mana tuntutan kita sebagai seorang huffaz.

Sebagai akhir kalam, ana memohon maaf andai ada tersilap kata mahupun terguris perasaan kalian banin mahupun banat. Moga-moga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita dan kita berjaya merangkul ijazah taqwa dari Allah.S.W.T. Juga sebagai pesanan buat diri ana, moga kita semua terus diberi peluang oleh Allah agar mukjizat al-Quran terus mengalir dalam diri kita. Ingat murajaah selalu hafazan kita.

SALAM RAMADHAN KAREEM,.
SALAM UKHUWWAH FILLAH

MUHAMMAD MARWAN FATHY BIN MOHD ARIFF
Pengerusi Qurra`3,
Intellectual Quranic Alumni Generation,
Maahad Tahfiz Sains.
(sekarang menuntut di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru)

Sunday 3 July 2011

Sayuran + Garam = Kelazatan



Sayuran.
Sayuran segar. Tatkala baru dipetik. Baru beberapa tika.

Garam.

Dalam satu hidangan,
Tanpa garam, sayuran itu takkan enak dimakan. TAWAR. Langsung tidak memancing selera terhadapnya.

Andai sayuran itu banyak, namun garamnya sedikit, hidangan itu pastinya KURANG RASA. Namun masih enak dimakan walaupun kurang lazatnya.

Andai sayuran itu sedikit, namun garamnya banyak, alangkah TERUKNYA rasa! Tak sanggup dimakan.

Namun jika sedikit sayuran yang digaul bersama kuantiti garam yang sepatutnya LEBIH MEMADAI daripada yang disebutkan tadi. Apatah lagi SAYURAN YANG BANYAK DIGAUL DENGAN GARAM YANG BANYAK (bersesuaian).

Andaikan ini analoginya :
Sayuran: Amalan
Garam : Ilmu

Lantas?Resolusinya?


Amalan itu tak bermakna tanpa ilmu mengenainya. Tawar terasa. Ibarat taklid membuta. Solat tanpa ruh. Puasa tanpa mengetahui kaifiat, sebab dan musababnya. Hambar.

Banyaknya amalan dengan sedikit ilmu mungkin dianggap memadai, namun masih kurang terasa. Ibadat orang awam. Sekadar memenuhi kewajipan dengan sedikit ilmu mengenainya. Namun belum mampu menjiwai sepenuh rasa.

Amalan sedikit, namun ilmunya banyak. 'Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah'. Tak bermakna pohon durian ditanam tanpa menikmati kelazatan ulas pangsanya. Ilmu penuh di dada, namun praktikalnya tiada. Adakah guna?

Bagaimana pula bagi seimbang amalan dan ilmunya? Sepadan, alhamdulillah, pasti membuahkan hasil yang membahagiakan. Terasa benar jelira terhadap sayuran itu, dan tentunya bermanfaat buat semua.

Sahabat, banyakkan garam, tingkatkan sayuran!
Sahabat, banyakkan ilmu, tingkatkan amalan!

Semoga segala usaha kita diredhai Allah hendaknya.

Wallahu A'lam, mohon betulkan jika tersalah.

Kredit analogi :
Cikgu Wan Rahim bin Wan Ali
Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah.